SELAMAT DATANG


10 Disember 2018

BBM3410/18 : HASIL KALENDAR MEJA SAYA

Assalamualaikum ..

wahhh tak sabarnya nak tengok hasil kerja membuat kalendar meja menggunakan adobe photoshope ..

setelah berhempas pulas menukar tema .. mengedit gambar ... dan akhirnya berjaya di cetak ... lawa tak ?!!!
































BBM3410/18 : TAYANGAN VIDEO TAK MUNGKIN BERPALING

Assalamualaikum korang ...
tak sangka kejap je nak habis .. minggu ni minggu ketiga belas ...
macam biasa hari isnin ... bermulalah tayangan video tugasan minggu lepas video prof kasi.. minggu ni kami satu kelas diberikan satu lagu yang prof suka iaitu mawi feat zamani : tak mungkin berpaling .. cuma bezanya jalan cerita .. nak tengok video kami ... 


alhamdulillah video kumpulan melur paling lawak .. nah tengoklah ..
tak sangka minggu ni minggu akhir dapat jumpa prof ...
ayat prof "setiap hari isnin je saya rasa tak sabar nak masuk .. " sebab video kami semua gempak .. terima kasih prof ... kalau nak tengok video kami yang lain .. klik je kat youtube "BBm3410/18"



                                                             KUMPULAN MELUR












BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalamualaikum semua .. 


minggu ni prof kasi peluang untuk semak semula blog, twitter, instagram sampai hari jumaat ni tepat jam 12 malam .. kemudian ada tugasan baru video dengan wajah (video terakhir).. 

lepastu penambahan kerja untuk minggu ni je .. ala setakat muat naik gambar kat Facebook je .. itu pun kena ada gambar sekali dengan prof ... hahahaha... tak kisahla prof kata .. kau nak kutuk ke ape ke terserah .. prof kan ajar konsep "redha" .. jadi prof kena redha dengan kami yang memang sentiasa redha .. 

Yeahhh tinggal dua minggu je lagi korang senior BLM .. dah selesai pun VIVA .. ayuh bangkitkan semula sisa-sisa semangat untuk selesaikan semua hal berkaitan thesis ..cuma tinggal sesi persembahan untuk kelas ketrampilan ahad minggu depan .. exam terakhir untuk kami para senior dan kami boleh bergraduasi dengan tenang (insha Allah) ... tapi sebelum tu tengah fikir nak sambung MASTER ke atau mulakan sesi JOB HUNTER ...



                          


                           



                                   



   








06 Disember 2018

BBM3410/18 : PAPAN CERITA E MAJALAH

Assalamualaikum.

Apa itu papan cerita?

- Papan cerita itu merupakan satu bentuk lakaran bagi mengambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia.

- Ianya bertujuan dipaparkan dalam bentuk susunan ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.


Kepentingan papan cerita


i. membantu kita merancang animasi dari satu gambar ke satu gambar  yang lain

ii. membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik
iii. membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi.
iv. mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut.

Berikut merupakan papan cerita bagi menghasilkan e-majalah (elektronik majalah);

1. Susun semua maklumat dan elemen media.
- penulis bagi sesuatu keluaran e-majalah hendaklah terlebih dahulu menyusun semua maklmat yang diperlukan dan juga elemen media yang ingin digunakan.
- di mana ianya memerlukan pembahagian muka hadapan, topik utama yang ingin diketengahkan, ilustrasi yang bersesuaian dan penggunaan teks yang tidak terlalu sarat.

2. Mengkaji rasional memilih media tersebut.
-penulis hendaklah memastikan topik utama yang ingin diketengahkan dalam penghasilan e-majalah tersebut misalnya berkaitan dengan kasut dan juga pemilihan subtopik yang ingin dituliskan dalam e-majalah tersebut.

3. Membuat carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum.
-penulis hendaklah membuat carta alir misalnya di bahagian muka hadapan memaparkan ilustrasi kasut sama ada kasut bagi wanita, lelaki , kanak-kanak atau sebagainya. 
- penulis hendaklah memasukkan kata-kata aluan yakni ucapa  pernhargaa serta pada masa yang sama turut memaparkan maklumat jawatan setiap individu dalam sesebuah organisasi tersebut, subtopik kecil tumpuan topik utama misalnya panduan memilih kasut ke majlis rasmi dan bahagian akhir hendaklah dimasukkan juga gamba mana-mana majalah, edisi lain dan sebagainya.

4. Penulisan teks untuk papan cerita di peringkat awal.
-penulis hendaklah memastikan bahawa penggunaan teks sama ada di bahagian muka hadapan e-majalah, kata alu-aluan editor, teks bagi setap topik dalam papan cerita tesebut.

5. Menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan.
-penulis hendaklah memastikan setiap topik dan subtopik yang ingin dilakarkan dalam ilustrasi dan penggunaan teks adalah bersesuai dengan konteks yang ingin disampaikan.

6. Membina hubungan maklumat daripada satu papan ceita kepada yang lain.
-penulis hendaklah memastikan bahawa setiap maklumat misalnya berkaitan dengan topik tama dalam papan cerita e-majalah itu ada saling berkait antara satu sama lain .

7. Mengkaji semula carta alir dan papan cerita yg dihasilkan.
- sebelum pemprosesan akhir e-majalah, penulis hendaklah memastikan bahawa setiap bahagian sama ada pada muka surat hadapan, kata alu-aluan, subtopik dalam e-majalah serta penggunaan teks adalah bersesuaian dengan apa yang dikehendaki.

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum.

Apa itu video tanpa wajah?

Video tanpa wajah ini hanya sekadar memerlukan pergerakan badan pelakon sahaja tanpa menunjukkan wajah mereka dalam setiap babak serta disesuaikan dengan pemilihan lagu.

Video tanpa wajah ini memerlukan pelakon memberikan tumpuan utama misalnya tumpuan terhadap pergerakan badan anggota badan, objek dan sebagainya.

Pelakon tidak perlu menampakkan wajah mereka dalam setiap babak yang dilakonkan itu.

Semasa penghasilan video tanpa wajah ini hendaklah mempunyai maksud di setiap pemaparan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh pelakon agar mudah difahami oleh penonton sendiri.

BBM3410/18 : KENALI VIDEO ONE SHOT

Assalamualaikum ..

Terdapat tiga jenis video one shot iaitu terdiri daripada ;

i. Video one shot one layer
- dalam video ini hanya memerlukan penyanyi mahupun pelakon hanya berada dalam satu-satu babak.
-ianya amat memerlukan kepantasan pelakon dan penyanyi ketika bergerak dalam babak tersebut.

ii. Video one shot two layer
-dalam video ini memerlukan penyanyi dan pelakon bijak dalam melaksanakan setiap babak.
- di mana memerlukan penyanyi atau pelakon bekukan atau keraskan badan mereka seketika serta memastikan suasana persekitaran tiada berlaku sebarang pergerakan.

Video one shot three layer
-dimana masih memerlukan penyanyi dan pelakon dalam satu-satu babak.
-dalam setiap pergerakan pelakon dan penyanyi, mereka hendaklah memastikan bahawa terdapat pergerakan lain misalnya kenderaan, objek bergoyang dan sebagainya.
-pemilihan tempat adalah penting supaya dalam video one shot three layer ini.

BBM3410/18 : APA ITU ASAS GRAFIK

Assalamualaikum semua ..

apa itu asas grafik?
- ianya merupakan rekaan grafik yang banyka dimanfaatkan sebagai salah satu bentuk media utama dalam menyalurkan sesuatu mesej kepada khalayak.
- ianya sering digunakan dalam bentuk paparan mahupun bentuk persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik bahkan secara digital.

Terdapat lima elemen penting dalam asas grafik iaitu terdiri daripada :

 i. keseimbangan
-  hendaklah memastikan supaya objek dalam sesuatu rekaan paparan grafik secara visual disusun dalam susunan secara seimbang
- terdiri daripada dua jenis keseimbangan iaitu keseimbangan secara formal dan keseimbangan tidak formal.
-keseimbangan formal bermaksud pembahagian sama rata antara dua bahagian rekaan paparan grafik sama ada kiri dan kanan, atas dan bawah misalnya jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama di kedua-dua bahagian.
- keseimbangan tidak formal pula merujuk kepada pembahagian yang tidak sama rata di antara kedua-dua bahagian sama ada kiri dan kanan atas dan bawah misalnya seperti jongkang-jongkit yang masih sama keseimbangan tetapi ianya berbeza dari segi beban atau bahan yang digunakan adalah berlainan.

ii. kesesuaian
iii. warna 
   - warna terdiri daripada warna primer, warna sekunder dan warna tertier.
   -Pastikan warna yang dalam setiap asas grafik yang dipilih itu tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap 

iv. mudah
v. teks
-