SELAMAT DATANG


31 Januari 2020

ting tong kepala daku

Semalam turun mydin mitc..  hari ni kena turun jemput kina keluar hospital sekali urus daftar keluar ward.. petang sabtu turun lagi kina kena dialisis darah..  habis pun pukul 8 malam..  ayah cakap lepas hantar patah balik masjid tanah ambil abang balik sempat tak ehh..  selasa turun lagi..  untuk cuci tapi habis tu hantar balik umbai takpun minta tolong cousin aku ambilkan..  kuatkan la semangat aku ni..  nak bawa ketod dia sekolah agama..  esok lagi la..  dan-dan sebelah petang ada sesi kemas kelas..  😪😪😌😌 lonely la aku nak-nak kalau bawa amoii macam tak bawa orang..  😓😓

30 Januari 2020

jalan gelap

Hi la nasib badan si driver yang malang ni 😭😭 ketod kata baucer boleh guna sampai 31hb (under TAPEM),,  tapi lagi senang tebus kat  mydin mitc..  Lepas ambil abang terus gerak..  Perghh mencabar..  berhenti je memanjang..  balik pulak pun mencabar dahla nak masuk pukul 9 lebih..  Adik aku tak sudah meroyan dia.. Ni jalan ke kl..  🙄🙄 sampai I yang driver jadi pansaran..  nak cari jalan tu ya rabbi rasa nak jerit dengan tempuh jalan gelap 😭😭 seriously kena pukau malam malam buta..  nak mengelak motor keluar simpang jalan gelap..  silap sendiri sampai kena tahan jpj..  😢😢 kena marah weii..  dah la pagi tadi lepas kena hantar abang..  dengan nak kejar cikgu syahidah pun kena marah..  semuanya kerana takmau bagi  SIGNAL.. nasib badan nyaris nak kena saman..  lepasni takmau aku keluar malam malam..  kalau ada ayah aku takpa..  dengan abang aku diakan VVIP lori bagi dia pun masalah..  tak sudah mengeluh dan mengecisss 🙄🙄 tegur kang ada juga kereta terbalik..  dah la pergi berempat..  amoi is alway be tunggul kayu 😐😐 sabar jela hidup kak ngah ngok ngek dia ni..  

Episod seorang graduan

Huarghh!!  nak nangis je rasa,,  bila tak sambung belajar rasa kepingin,, dah sambung berhenti kerja nak mohon balik susahnya,, niat di hati nak settlekan ptptn mudahkan urusan Family aku pun kira alhamdulillah la..  memula member ajak tapi macam jauh je aku cakap tak dapat join.. bila aku ajak dan pergi interview kat satu kilang area tempat yang sama dengan kawasan abang aku..  aku diperli  baii..  kata lepasan degree tapi jawab soalan pun macam tak nampak ala ala degree pun..  aku terangkan sebabkan alergi aku tu penemuduga tu yang pekak (ramai orang dengan bising lagi)  terus aku cakap kat member aku kalau dapat pun aku takmau pergi la..  kalau cakap elok elok aku terima weii tapi diperli bab degree aku sumpah aku reject 😭😭 so bila adik aku tanya kat kilang abang ada kekosongan tak..  sekali Ada datang esok diduga lagi..  borang habis dik 😣😣 so sekarang aku jadi driver hantar ambil abang balik  .. sekali pakej adik pergi balik sekolah agama..  melawat kina kat hospital..  tolong bawakan wan temah..  takpun urus rumah..  selebihnya kosong..  tepu otak weii.. pasal kereta pula selepas trauma asal nak pump angin tayar keluar je..  pergi minta tolong kedai pumpkan..  Sekali haru dapat perkhabaran tayar pancit..  Ahh sudah duit lagi.. 😐😐 takut tak cukup..  kena tampal je (dia keluarkan paku dan sumbatkan something kat tempat paku tu..  ) celah mana aku langgar paku pun taktau 🤣🤣 balik balik tayar belakang..  masa dawai tayar keluar tu (tayar botak)  sebelah kanan..  ni sekarang tayar kiri.. 😂😂

😅😅😅

Ohh semenjak insiden tu takda langsung sesi datang bertengek rumah orang.. tetiba masa adik aku cuti sempena cuti CNY,,  nak kena settle cop borang  Kat pengerusi MPKK (aku malas nak menyinggah rumah dekat je) so ke lubok sekali pakej beli lauk,, so aku pergi beli lauk dulu sekali terserempak dengan si maknya sekali sama anak menantu membeli barang di kedai yang sama (itupun aku dengar suara je macam ku kenal).. aku terdetik dalam hati kalau dia rasa dia takda niat nak meminang adik aku dia mesti menegur (sebelah sebelah),,, haramm buat buat tak kenal 🤔😏🙄 (saya pun malas nak menegur,) balik cerita kat ayah (kepochinya saya ni 😅😅) ayat ayah simple "asal mati ka kalau orang tak menegur? "" aku tak kisah pun dan aku memang jenis malas nak menyembang datang pun setakat nak beli ikan 😌😌😌 oh ye sekarang boleh la drive tapi kalau jalan yang aku tak biasa  google map help me 🤣🤣 nama je pinjam sekejap iPhone adik aku tapi syaitan adjust nak ke tempat ni balik balik bawa tempat lain yang nun kat kl.. 🙄🙄 so pakai samsung sewel si ketod (dia ok cuma kekadang datang sewel dia sampai si ketod cakap aku lempar kau kat luar nak tak?!!)  😆😆😆 ada masa mood aku superb  "ala rileks jauh lagi" kalau datang moody aku  "kau pehal jauh lagi kan!!" maka datangla puting beliung  ,, amoi kat belakang seolah olah takda orang 🤣🤣 tup2 balik dari melawat Kina dan menghantar si wadey balik ke hostel (heboh nak balik awal boleh renggang renggang bontot dia tu padahal nak merayap dengan housemate dia malam tu) 🙄🙄 kaki aku sampai rasa crammed la  dengan jammed (memanjang dari hutan simpan sungai udang sampai la menuju pekan masjid tanah ingatkan excident,,  hampehh dengan kereta takda aircond 😫😫) ayah called kata urgent nak keluar duit (asal ehh?) dalam otak aku tayar ayah pancit ka tapi abang balik awal pukul 4 petang kot /abang aku OT)  rupanya kedai phone ada offer jual phone..  sebelum tu ayah tanya aku nak beli phone x,, aku ibarat disorong bantal laju (tapi duit tu wada kasi 😅😅 ingatkan harga rm99 rupanya kena bayar rm215 kiranya nanti bulan 4 bayar internet bulanan rm58 .. baru cadang takmau oppo  I'm still want oppo phone but it's 👌)  sebesar alam,,  bak kata nisa member aku boleh lempar anjing,,  🤣🤣 aku siap test simpan dalam purse nasib muat..  ayah as usual "kalau tak nak tukar dengan samsung ayah)  takmau besar dan tebal) tapi beli bayar bulanan selama 10 bulan,,  aku kan ngok ngekk  ,,nisa tanya phone tu dua camera ka tiga  ,, aku andai maybe dua kot,, sekali dia screnshoot tiga camera macam mana rupa kat aku  ,, menangis member aku tu 🤣🤣🤣 hahaha aku fikir macam iphone jee taktau vivo pun adoo 😂😂