SELAMAT DATANG


15 November 2018

BBM3410/18 : TUTORIAL KALENDAR MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOPE

Assalamualaikum gais..

Okey la aku nak ajar macam mana buat kalendar dengan menggunakan adobe photoshope ..
aku pun bukannya pro sangat tapi sekadar nak ajar asas menggunakan adobe photoshope tu boleh la...

kalau salah maafkan daku ... kalau rasa ada apa-apa yang baru boleh ajarkan sekali .. sebenarnya kan aku nak masukkan gambar dalam video ni tapi tak pandai .. jadinya aku letaklah gambar bawah ni ye ..



























12 November 2018

BBM3410/18 : APA YE?!!!

Assalamualaikum korang ...
Hari ni macam biasa kami kumpulan melur versi 2018 buat shooting one shot two layer ...
Janji 7.30 pagi .. biasalah janji melayu 8.30 baru dapat kumpul ..
belum masuk bahagian untuk pasang peralatan semua tu. .
Dahlah aku punya bahagian jadi penagih dadah baru nak mencuba menagih ..
Ketua aku si amel .. bincang malam sebelum tu aku risau ja tak jadi rupa penagih .. sebab blur manjang tak kesudah .. dengan bahagian ni buat apa semua tu .. 
Korang tengoklah nanti macam mana rupa klon penagih tu. .

tak boleh blah kami ni banyak kali shoot ..bagi nampaklah lebih baik ka .. boleh pilih ..
part aku ja .. member cakap penagih mati dalam keadaan beriman sebab tersenyum"

Ngekkk dohh .. dahtu siap terbaring kat peha si amel ..
Asal mati ja aku mesti terkangkang . hampeh ..

Taulah aku badan berisi .. teruklah rupa dia weii .. memang kena teruk kecam nak-nak budak kelas kami dengan prof sekali ...
tunggu jela...





BBM3410/18 : KARUT

Assalamualaikum kawan-kawan ..
nak tanya la .. kenapa ye bila bangun dari tidur je .. nak-nak kalau menapak ke tandas .. tapak kaki bahagian belakang rasa berat je .. macam dah rupa apa dah .. 

tanya member .. perghh maha dahsyat jawapan sentap dia kasi ..

" dua kali jumaat la nampaknya .."

cis sengal .. orang nak jawapan betul-betul dikatanya aku nak sampai ajal .. astagfirullah al azim ...


lepastu kutuk aku depan-depan .. 
"ha.. tulah bila orang ajak skipping tak mau .. sanggup duduk tepi .."

jadinya jalan penyelesaian .. stop sekejap minum air berais ...
yelah marilah minum air putih .. tapi macam tak serasi je dengan air kat aras ni .. nak pergi turun isi air kat mesin pun malas ... belilahh air kat kedai runcit ... 


memang taklah aku nak terlompat-lompat macam budak walaupun sebenarnya kan aku ni mana ada kasut sukan pun..

kang pakai kasut yang selalu aku guna pergi kelas lagi la ... kena kecam juga .. takkan nak skipping pakai slipper .. aku tak mahu .. kang putus boleh sendu aku kat bilik ..


dahlah nak tidur .. asal baring ke kiri ja ... asal la rasa sakit bahagian tengah dada aku ni .. sakit weii .. 


lepas tu habis suboh je cuba juga la tidur mau dekat pun 7 baru tidur ... dah tu nak menunggu 8.30 ... allahu .. lamanya ... sampai termimpi la benda sedih .. nasib aku tak melalak sampai dalam dunia realiti ... 

BBM3410/18 : MINGGU 9 ONE SHOT TWO LAYER

Assalamualaikum semua...

Berdebar weii bila nak tayangkan video one shot dalam kelas ... 
video aci-aci versi budak melur, dah tengok ka??! 
Kalau tak ... pergi tengok dan tinggalkan komen sekali ye ... 

tugasan minggu ni (minggu 9) Prof minta kami buat video one shot two layer .. ada orang nyanyi dan adalah juga babak lakonan gitu ...


minggu ni minggu akhir kemas kini twitter, instagram dengan blog ..

minggu depan kena stop sekejap untuk beri laluan kepada prof masuk kan markah .. ingat ye kawan-kawan!!!

aku risau 3 post kat Instagram ja .. takut sendu je weii ...

kelas amali takda weii tapi ganti kelas online .. jeng jeng jeng .. mesti tengok prof kat tv alhijrah .. acecehhh ... kami sedia ... 


08 November 2018

BBM3410/18 : TING TONG

Assalamualaikum semua ..

sebenarnya tak ada nak tulis blog ni .. 

aku tahlah tiba-tiba jadi ting tong.. 

cuma tulah biasalah dalam kehidupan kita kadang-kadang tak lari dari mendengar masalah orang lain .. kadang-kadang curahan isi hati pun orang dah salah anggap ..

kang bila dah cakap depan-depan buat lagi .. lagi tak ke stress nak menghadap .. baik positif je .. banyak benda nak kena hadap. .
sakit ke .. nangis ke biarlah sendu sendiri .. diam pun elok jugak .. yang aku tak faham nya kes adik aku ni ... biarlah adik aku ni nak kawan dengan sesiapapun ( asalkan pandai bawa diri bila keluar, jaga batas kalau lain jantina ) janganlah marah perli kata bila dah rapat dengan yang lain .. dikatakan berubah .. Allahu .. tikam belakang .. takkan nak hadap kau sorang je .. kau boleh kawan orang lain .. kawan kau duduk dalam penjara ciptaan kau sendiri ..
janganlah sekat hubungan persahabatan tu .. lainlah orang tu berubah kepada keburukan hah tu baru tarik cepat-cepat ..
kalau korang apa pendapat? kecam-kecam tu biasalah .. dah bye  .. wassalam ...


BBM3410/18 : MINGGU 8 AL HIJRAH

Assalamualaikum semua .. memandangkan semua tak nak kelas .. jadinya prof kasi kerja online ..
kerjanya perlu nonton tv alhijrah .. segmen #bijak siber .. prof cakap 8.15 pagi .. mati-mati nak nangis je .. tapi sabar .. 8.45 baru nampak slide UPM .. tengok live TV alhijrah je ..  mana angle lawa tu aku screenshot .. dapat pujian juga ..
Prof nak angle dia nampak muda sekejap je .. Ashraf Muslim siap cakap "berseri-seri muka prof hari ni .. " ...
mujur kerja mudah .. ingatkan khamis baru nak rehat kalau cukup 80 hastag .. kelaut .. 





BBM3410/18 : JADI BAHAN LAWAK

Assalamualaikum semua .. 
cuti dah habis ye .. kelas tetap ada walaupun nak je sambung .. Allahu malasnya nak balik .. tapi sis redha ... 
Nak beli tiket pun malas itu pun minta tolong adik pergi belikan (sebenarnya aku kena juga ikut dah ayah suruh pergi beli barang basah tapi malas) ...

nak pilih waktu balik pun kritikal  .. ayah cakap musim raya deepavali takut raya cuti je .. kalau takda pagi rabu 7.30 pagi tu  aku gerak balik .. kalau ada 2.30 petang la beli ... adik aku baca whatsapp akak dia ni pun rasa macam apeje sewel akak dia ni ...

bila dah siap-siap nak balik sementara tunggu pukul 2.. aku cakap dalam hati baik rehat dulu .. membawang kejap dengan adik-adik .. tetiba ayah tanya "eh kakak, kau nak gerak pukul berapa ni?!" ..
aku cakap awal lagi pukul 2 geraklah ..(padahal dalam hati sentap tu weii)  jawapan mudah ayah "ni jam kalau gerak sampai masjid tanah pukul dua jugak .." .. aku dengan nada muram "yelahh gerak sekarang (nada lemau)..
adik aku si wada wadeyy ni siap tambah perisa .. "ha, ayah dak akak nangis bila ayah halau dia balik.. " automatik mata aku berair dohh .. samdol betul la ..  mata ni tak membantu ..siap record video .. dalam gelak-gelak berair juga la sikit mata .. nak gerak naik bas pun tetap kena bahan .. 


02 November 2018

BBM3410/18 : MEMORI INTERN PPD ALOR GAJAH

terasa macam nak throw back memori sepanjang LI kat PPD Alor Gajah ... bayangkanlah kalau aku tak intern kat sana .. tah kat manalah aku intern .. masa mencari tempat intern macam-macam dugaan weii aku lalui .. tapi syukur sangat-sangat ..

masa hari pertama masuk intern masa tu raya aidilfitri ketiga ..bayangkanlah pengawai dengan staf lain masih dalam mood cuti .. jadinya aku dengan dua kawan aku ditempatkan sementara kat bahagian blok B, blok berkaitan dengan sekolah rendah ..

hari kedua atau hari ketiga,  hujan lebat gila-gila .. aku sampai rasa macam nak ponteng je .. tapi aku tahankan rasa hati .. dalam hujan-hujan tu aku gerak dengan adik aku naik motor .. biasalah lelaki asal bawa motor mahu tak laju.. kena percikan air becak hujan bila bas lalu .. tetap juga sampai pukul 8 pagi macam tu .. kuyup-kuyup tu pun .. aku singgah kat sarau  sekolah untuk kering badan kat bawah kipas.....
masuk je tempat sementara kitorang tu .. dah kena tegur "lambat sampai .. ?" .. "Hujan lebat sangat,tuan .." lepastu kami yang perempuan ditempatkan di kaunter pertanyaan .. lawak weii .. nak-nak sambungkan panggilan ke bahagian lain .. pihak sekolah manatah faks surat .. yang bingainya aku "hello ... hello" ... 
memandangkan duduk kat kaunter tu asyik-asyik update buku log intern .. jadinya aku terlebih rajin pergilah kemas .. esoknya kerani kat situ yang baru naik cuti tanya dengan nada marah .. (nak nangis je .. tapi aku buat muka tak ada perasaan .. memang aku anti dengan makcik tu)
bila dah ramai staf , pengawai masuk kerja .. kitorang dah berpecah .. aku ditempatkan bahagian tingkat 1 .. siapa sangka jumpa ustazah sekolah rendah yang pernah mengajar bahasa Arab masa darjah lima dan enam dulu ..
mujurlah memori aku kuat .. bila pergi sekolah nak-nak sekolah adik aku .. jumpa pulak cikgu ekonomi asas tingkatan lima aku dulu .. cikgu aku siap cakap "macam kenal je .. " ... aku senyum-senyum malu (padahal dah jumpa masa cikgu aku parking kereta tapi tak kesempatan bersalaman sebab dia jawab panggilan) .. ayat pertama bila cikgu soal aku " kos apa .. kenapa boleh tersesat sampai PPD ni .."..tak terjawab weii .. satu je ayat dia " ni nanti jadi pengawai la kan..." (Insha Allah cikgu atas izin doa cikgu .. berkat tu weii)
sepanjang kat SISC+ (tempat aku ditempatkan) .. serius ketawa sentiasa mengisi hari-hari aku .. dahlah aku ni kira dah macam anak diorang .. tapi yang perempuan kecuali ustazah aku .. aku panggil "kak zizah, kak moi, kak zue.." kalau yang lelaki gila kau nak panggil abang .. aku panggil "cik din, cik man" .. kalau pengawai lain  .. Aku panggil encik, puan, tuan ... (gila tak sopan )
kenangan berjemaah pergi makan durian lepas solat jumaat kat dusun Encik zorkanini (ayah kawan sekelas masa sekolah menengah) .. malam tu pulak sambutan hari raya peringkat PPD (tapi tak pergi )  ... disebabkan aku tercerita rumah aku ada pokok durian dapat juga la sedekah beberapa biji walaupun tak semua dapat ...
bila diorang cerita pasal rumah tangga .. aku memang kena dengar la .. nak-nak pasal poligami, itu la ini la .. ( dalam hati aku kadang-kadang macam nak gelak je .. ) .. sampaikan cik man cakap "janganlah pula aku takut nak kahwin ... "  
kadang-kadang kalau pergi sekolah dekat dengan sekitar kawasan rumah aku .. diorang hantarkan sampai busten .... ada sekali adalah salah seorang pengawai PPD yang dah bersara buat kenduri sempena dapat menunaikan haji .. tak boleh blah nama aku diorang saja je usik-usik .. " ni anak dara nak naik kereta mahal-mahal je ... kami ikut je ....." (padahal dia punya serabutnya berpecahlah .. eh tak payah kereta cik din muat .. selesa)
yang paling penting aku rindu mereka semua .. Alhamdulillah aku berkesempatan jumpa diorang masa kenduri kahwin anak perempuan kak Moi walaupun tak semua aku dapat jumpa ..

BBM3410/18 : MINAT ATAU ANGAN-ANGAN JENIN

aku ni dari zaman sekolah rendah dah berjinak-jinak baca novel ... terutama sekali cintan-cintun .. disebabkan tulah pengaruh aku suka membaca novel menurun kat adik-adik perempuan aku itu pun seorang dua ..
Ada la juga novel-novel seram tapi tak banyaklah .. oh ye .. disebabkan minat membaca novel dah berapa banyak duit aku melabur beli buku .. harga buku pun bukan biasa-biasa ...
kadang-kadang ayah aku pun marah .. "dah berapa ribu agaknya beli buku ni ... "  dalam diam-diam aku kira mahu kaya aku berjoli sakan ... sayang weii kalau jual semula .. ada novel yang bagi kesan mendalam .. nak-nak novel karya arwah Melur Jelita .. gila tak best .. nak-nak kisah pasal abang polis, VAT 69 .. dahsyat weii pengaruh dia .. meleleh air mata .. nak-nak cara penulisan dia memang mendalam ..

masa tingkatan lima , member aku sorang ni pandai weii tulis kisah-kisah kami sekumpulan tapi versi lawak .. yang aku ingat .. bahagian baru bangun tidur, biasala gosok gigi yang tak boleh blah ..gosok gigi pakai berus jamban .. berdekah-dekah baca masa kat kelas ..

aku ni minat juga la karang-karang cerita .. nak-nak dalam otak .. bila tulis atas kertas tak pun dalam laptop .. bagi orang baca kelaut weii .. ada yang kata best ..seronok tapi .. itulah lagi seronok karang-karang dalam otak .. nak-nak masa nak tidur dalam gelap .. masa tula imaginasi drama-drama kehidupan yang aku lalui aku karang memang superb boleh menangis sekali dengan soundtrack yang masuk dengan story line drama bodoh aku tu ....( tapi tak elok juga untuk perempuan bila sorang-sorang begitu)