aku ni dari zaman sekolah rendah dah berjinak-jinak baca novel ... terutama sekali cintan-cintun .. disebabkan tulah pengaruh aku suka membaca novel menurun kat adik-adik perempuan aku itu pun seorang dua ..
Ada la juga novel-novel seram tapi tak banyaklah .. oh ye .. disebabkan minat membaca novel dah berapa banyak duit aku melabur beli buku .. harga buku pun bukan biasa-biasa ...
kadang-kadang ayah aku pun marah .. "dah berapa ribu agaknya beli buku ni ... " dalam diam-diam aku kira mahu kaya aku berjoli sakan ... sayang weii kalau jual semula .. ada novel yang bagi kesan mendalam .. nak-nak novel karya arwah Melur Jelita .. gila tak best .. nak-nak kisah pasal abang polis, VAT 69 .. dahsyat weii pengaruh dia .. meleleh air mata .. nak-nak cara penulisan dia memang mendalam ..
masa tingkatan lima , member aku sorang ni pandai weii tulis kisah-kisah kami sekumpulan tapi versi lawak .. yang aku ingat .. bahagian baru bangun tidur, biasala gosok gigi yang tak boleh blah ..gosok gigi pakai berus jamban .. berdekah-dekah baca masa kat kelas ..
aku ni minat juga la karang-karang cerita .. nak-nak dalam otak .. bila tulis atas kertas tak pun dalam laptop .. bagi orang baca kelaut weii .. ada yang kata best ..seronok tapi .. itulah lagi seronok karang-karang dalam otak .. nak-nak masa nak tidur dalam gelap .. masa tula imaginasi drama-drama kehidupan yang aku lalui aku karang memang superb boleh menangis sekali dengan soundtrack yang masuk dengan story line drama bodoh aku tu ....( tapi tak elok juga untuk perempuan bila sorang-sorang begitu)