SELAMAT DATANG


Memaparkan catatan dengan label PASKAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASKAL. Papar semua catatan

11 Oktober 2018

BBM3410/18 : MIMPI JADI KENYATAAN!!

Assalamualaikum kawan-kawan di alam maya semua... apa khabar semua? daku sihat sudah .. hehehe...
baiklah mesti teruja kan kenapa tajuk topik hari ini ialah " mimpi jadi kenyataan!!"..

sebab sebenarnya kan daku dan rakan-rakan dah berpakat nak tengok wayang... ala filem yang tengah hangat sekarang ni... mesti ramai boleh teka... hehehhe.. venom?!!! bukan .... apa ye?!!! dahla tak payahla kerut-kerut kening nak fikir .. saja-saja je suruh anda semua di alam maya berfikir sekejap..... filem PASKAL..bagi yang tidak tahu PASKAL merujuk kepada pasukan khas laut!! 

bayangkanlah kalau dah tengok instagram abang hairul azreen pun terlalu kagum apa lagi kalau baca komen penonton yang ada katanya filem setaraf antarabangsa ... bayangkanlah kawan daku pun dah tengok masa kami bercadang merancang aktiviti nak menonton wayang pada cuti hujung minggu ni.. 

memandangkan asyik-asyik terperuk dalam bilik .. udara pun sama je balik-balik kafe serumpun.. tandas ...(kau tu yang pemalas nak bercampur masyarakat .. ampun !!) jadinya dari awal berempat tiba-tiba tambah seorang ahli jemaah bersama dengan berpandukan seorang kawan yang dah menonton filem ni minggu lepas.. kami berlima bergerak menuju ke IOI ... 

demi menonton paskal.. walaupun sampai awal kat sana .. tetap saja kami kena beratur sebab ramaikan .. ingat datang awal dapat tngok awal .. hampeh .. pukul 12 tengah hari tengok kat paparan harga tiket rm10.00 .. murahkan ..jeng jeng jeng ... sampai kat kaunter .. sedih pukul 12 tu dua je tempat duduk kosong itu pun bahagian depan sekali.. pukul 1.00 pun .. pukul 1.45 pun tempat duduk depan sekali je banyak kosong !! tempat paling hadapan.. jadinya pilihlah jam 1 petang ...

oh ada sebab kenapa suruh datang tonton lima kali cerita ni.. hahahah gurau je .. daku sarankan jomlah tonton PASKAL di pawagam terdekat... dalam-dalam menunggu jam 1 pergilah makan KFC kat sana.. masa turun dari tangga bergerak.. jumpa artis tengah hangat sekarang ini.. iaitu zara zya ... dia pun macam malu-malu nak tonjolkan diri dia.. kami faham ...kami pun tengah lapar ni .. dah rezeki nampak arti je .. hahaha..  

bahagian filem PASKAL yang paling seronok apabila mereka semua turun dari helikopter dan berjalan di atas kapal selam.. perghh mantap bersinar-sinar mata masa tengok nak melopong tapi sabar deyy ...!!

tapi cerita bahagian sedih dia daku lambat la nak nangis .. bahagian ni aku cuma ingat novel melur jelita, watak utama "the one"  .. situasi tu memang gila-gila sedih .. dahla masa tu malam takbir raya .. semua ahli keluarga dia kemalangan dan meninggal dunia tinggal dia sebatang kara ... 

sob sob sob .. (cerita pun bukan ada yang baca pun .. biarlah daku yang ingatinya .. AL FATIHAH kepada penulis novel "the one" ... semoga rohnya dicucuri rahmat...

okey ... selamat tinggal semua rakan maya...