Assalamualaikum.
Apa itu papan cerita?
- Papan cerita itu merupakan satu bentuk lakaran bagi mengambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia.
- Ianya bertujuan dipaparkan dalam bentuk susunan ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.
Kepentingan papan cerita
i. membantu kita
merancang animasi dari satu gambar ke satu gambar yang lain
ii. membantu untuk
meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik
iii. membolehkan
kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi.
iv. mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain
untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut.
Berikut merupakan papan cerita bagi menghasilkan e-majalah (elektronik majalah);
1. Susun semua
maklumat dan elemen media.
- penulis bagi sesuatu keluaran e-majalah hendaklah terlebih dahulu menyusun semua maklmat yang diperlukan dan juga elemen media yang ingin digunakan.
- di mana ianya memerlukan pembahagian muka hadapan, topik utama yang ingin diketengahkan, ilustrasi yang bersesuaian dan penggunaan teks yang tidak terlalu sarat.
2. Mengkaji
rasional memilih media tersebut.
-penulis hendaklah memastikan topik utama yang ingin diketengahkan dalam penghasilan e-majalah tersebut misalnya berkaitan dengan kasut dan juga pemilihan subtopik yang ingin dituliskan dalam e-majalah tersebut.
3. Membuat
carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum.
-penulis hendaklah membuat carta alir misalnya di bahagian muka hadapan memaparkan ilustrasi kasut sama ada kasut bagi wanita, lelaki , kanak-kanak atau sebagainya.
- penulis hendaklah memasukkan kata-kata aluan yakni ucapa pernhargaa serta pada masa yang sama turut memaparkan maklumat jawatan setiap individu dalam sesebuah organisasi tersebut, subtopik kecil tumpuan topik utama misalnya panduan memilih kasut ke majlis rasmi dan bahagian akhir hendaklah dimasukkan juga gamba mana-mana majalah, edisi lain dan sebagainya.
4. Penulisan
teks untuk papan cerita di peringkat awal.
-penulis hendaklah memastikan bahawa penggunaan teks sama ada di bahagian muka hadapan e-majalah, kata alu-aluan editor, teks bagi setap topik dalam papan cerita tesebut.
5. Menyemak
kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan.
-penulis hendaklah memastikan setiap topik dan subtopik yang ingin dilakarkan dalam ilustrasi dan penggunaan teks adalah bersesuai dengan konteks yang ingin disampaikan.
6. Membina
hubungan maklumat daripada satu papan ceita kepada yang lain.
-penulis hendaklah memastikan bahawa setiap maklumat misalnya berkaitan dengan topik tama dalam papan cerita e-majalah itu ada saling berkait antara satu sama lain .
7. Mengkaji
semula carta alir dan papan cerita yg dihasilkan.
- sebelum pemprosesan akhir e-majalah, penulis hendaklah memastikan bahawa setiap bahagian sama ada pada muka surat hadapan, kata alu-aluan, subtopik dalam e-majalah serta penggunaan teks adalah bersesuaian dengan apa yang dikehendaki.