SELAMAT DATANG


Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan

02 November 2018

BBM3410/18 : MEMORI INTERN PPD ALOR GAJAH

terasa macam nak throw back memori sepanjang LI kat PPD Alor Gajah ... bayangkanlah kalau aku tak intern kat sana .. tah kat manalah aku intern .. masa mencari tempat intern macam-macam dugaan weii aku lalui .. tapi syukur sangat-sangat ..

masa hari pertama masuk intern masa tu raya aidilfitri ketiga ..bayangkanlah pengawai dengan staf lain masih dalam mood cuti .. jadinya aku dengan dua kawan aku ditempatkan sementara kat bahagian blok B, blok berkaitan dengan sekolah rendah ..

hari kedua atau hari ketiga,  hujan lebat gila-gila .. aku sampai rasa macam nak ponteng je .. tapi aku tahankan rasa hati .. dalam hujan-hujan tu aku gerak dengan adik aku naik motor .. biasalah lelaki asal bawa motor mahu tak laju.. kena percikan air becak hujan bila bas lalu .. tetap juga sampai pukul 8 pagi macam tu .. kuyup-kuyup tu pun .. aku singgah kat sarau  sekolah untuk kering badan kat bawah kipas.....
masuk je tempat sementara kitorang tu .. dah kena tegur "lambat sampai .. ?" .. "Hujan lebat sangat,tuan .." lepastu kami yang perempuan ditempatkan di kaunter pertanyaan .. lawak weii .. nak-nak sambungkan panggilan ke bahagian lain .. pihak sekolah manatah faks surat .. yang bingainya aku "hello ... hello" ... 
memandangkan duduk kat kaunter tu asyik-asyik update buku log intern .. jadinya aku terlebih rajin pergilah kemas .. esoknya kerani kat situ yang baru naik cuti tanya dengan nada marah .. (nak nangis je .. tapi aku buat muka tak ada perasaan .. memang aku anti dengan makcik tu)
bila dah ramai staf , pengawai masuk kerja .. kitorang dah berpecah .. aku ditempatkan bahagian tingkat 1 .. siapa sangka jumpa ustazah sekolah rendah yang pernah mengajar bahasa Arab masa darjah lima dan enam dulu ..
mujurlah memori aku kuat .. bila pergi sekolah nak-nak sekolah adik aku .. jumpa pulak cikgu ekonomi asas tingkatan lima aku dulu .. cikgu aku siap cakap "macam kenal je .. " ... aku senyum-senyum malu (padahal dah jumpa masa cikgu aku parking kereta tapi tak kesempatan bersalaman sebab dia jawab panggilan) .. ayat pertama bila cikgu soal aku " kos apa .. kenapa boleh tersesat sampai PPD ni .."..tak terjawab weii .. satu je ayat dia " ni nanti jadi pengawai la kan..." (Insha Allah cikgu atas izin doa cikgu .. berkat tu weii)
sepanjang kat SISC+ (tempat aku ditempatkan) .. serius ketawa sentiasa mengisi hari-hari aku .. dahlah aku ni kira dah macam anak diorang .. tapi yang perempuan kecuali ustazah aku .. aku panggil "kak zizah, kak moi, kak zue.." kalau yang lelaki gila kau nak panggil abang .. aku panggil "cik din, cik man" .. kalau pengawai lain  .. Aku panggil encik, puan, tuan ... (gila tak sopan )
kenangan berjemaah pergi makan durian lepas solat jumaat kat dusun Encik zorkanini (ayah kawan sekelas masa sekolah menengah) .. malam tu pulak sambutan hari raya peringkat PPD (tapi tak pergi )  ... disebabkan aku tercerita rumah aku ada pokok durian dapat juga la sedekah beberapa biji walaupun tak semua dapat ...
bila diorang cerita pasal rumah tangga .. aku memang kena dengar la .. nak-nak pasal poligami, itu la ini la .. ( dalam hati aku kadang-kadang macam nak gelak je .. ) .. sampaikan cik man cakap "janganlah pula aku takut nak kahwin ... "  
kadang-kadang kalau pergi sekolah dekat dengan sekitar kawasan rumah aku .. diorang hantarkan sampai busten .... ada sekali adalah salah seorang pengawai PPD yang dah bersara buat kenduri sempena dapat menunaikan haji .. tak boleh blah nama aku diorang saja je usik-usik .. " ni anak dara nak naik kereta mahal-mahal je ... kami ikut je ....." (padahal dia punya serabutnya berpecahlah .. eh tak payah kereta cik din muat .. selesa)
yang paling penting aku rindu mereka semua .. Alhamdulillah aku berkesempatan jumpa diorang masa kenduri kahwin anak perempuan kak Moi walaupun tak semua aku dapat jumpa ..