SELAMAT DATANG


12 November 2018

BBM3410/18 : MINGGU 9 ONE SHOT TWO LAYER

Assalamualaikum semua...

Berdebar weii bila nak tayangkan video one shot dalam kelas ... 
video aci-aci versi budak melur, dah tengok ka??! 
Kalau tak ... pergi tengok dan tinggalkan komen sekali ye ... 

tugasan minggu ni (minggu 9) Prof minta kami buat video one shot two layer .. ada orang nyanyi dan adalah juga babak lakonan gitu ...


minggu ni minggu akhir kemas kini twitter, instagram dengan blog ..

minggu depan kena stop sekejap untuk beri laluan kepada prof masuk kan markah .. ingat ye kawan-kawan!!!

aku risau 3 post kat Instagram ja .. takut sendu je weii ...

kelas amali takda weii tapi ganti kelas online .. jeng jeng jeng .. mesti tengok prof kat tv alhijrah .. acecehhh ... kami sedia ... 


08 November 2018

BBM3410/18 : TING TONG

Assalamualaikum semua ..

sebenarnya tak ada nak tulis blog ni .. 

aku tahlah tiba-tiba jadi ting tong.. 

cuma tulah biasalah dalam kehidupan kita kadang-kadang tak lari dari mendengar masalah orang lain .. kadang-kadang curahan isi hati pun orang dah salah anggap ..

kang bila dah cakap depan-depan buat lagi .. lagi tak ke stress nak menghadap .. baik positif je .. banyak benda nak kena hadap. .
sakit ke .. nangis ke biarlah sendu sendiri .. diam pun elok jugak .. yang aku tak faham nya kes adik aku ni ... biarlah adik aku ni nak kawan dengan sesiapapun ( asalkan pandai bawa diri bila keluar, jaga batas kalau lain jantina ) janganlah marah perli kata bila dah rapat dengan yang lain .. dikatakan berubah .. Allahu .. tikam belakang .. takkan nak hadap kau sorang je .. kau boleh kawan orang lain .. kawan kau duduk dalam penjara ciptaan kau sendiri ..
janganlah sekat hubungan persahabatan tu .. lainlah orang tu berubah kepada keburukan hah tu baru tarik cepat-cepat ..
kalau korang apa pendapat? kecam-kecam tu biasalah .. dah bye  .. wassalam ...


BBM3410/18 : MINGGU 8 AL HIJRAH

Assalamualaikum semua .. memandangkan semua tak nak kelas .. jadinya prof kasi kerja online ..
kerjanya perlu nonton tv alhijrah .. segmen #bijak siber .. prof cakap 8.15 pagi .. mati-mati nak nangis je .. tapi sabar .. 8.45 baru nampak slide UPM .. tengok live TV alhijrah je ..  mana angle lawa tu aku screenshot .. dapat pujian juga ..
Prof nak angle dia nampak muda sekejap je .. Ashraf Muslim siap cakap "berseri-seri muka prof hari ni .. " ...
mujur kerja mudah .. ingatkan khamis baru nak rehat kalau cukup 80 hastag .. kelaut .. 





BBM3410/18 : JADI BAHAN LAWAK

Assalamualaikum semua .. 
cuti dah habis ye .. kelas tetap ada walaupun nak je sambung .. Allahu malasnya nak balik .. tapi sis redha ... 
Nak beli tiket pun malas itu pun minta tolong adik pergi belikan (sebenarnya aku kena juga ikut dah ayah suruh pergi beli barang basah tapi malas) ...

nak pilih waktu balik pun kritikal  .. ayah cakap musim raya deepavali takut raya cuti je .. kalau takda pagi rabu 7.30 pagi tu  aku gerak balik .. kalau ada 2.30 petang la beli ... adik aku baca whatsapp akak dia ni pun rasa macam apeje sewel akak dia ni ...

bila dah siap-siap nak balik sementara tunggu pukul 2.. aku cakap dalam hati baik rehat dulu .. membawang kejap dengan adik-adik .. tetiba ayah tanya "eh kakak, kau nak gerak pukul berapa ni?!" ..
aku cakap awal lagi pukul 2 geraklah ..(padahal dalam hati sentap tu weii)  jawapan mudah ayah "ni jam kalau gerak sampai masjid tanah pukul dua jugak .." .. aku dengan nada muram "yelahh gerak sekarang (nada lemau)..
adik aku si wada wadeyy ni siap tambah perisa .. "ha, ayah dak akak nangis bila ayah halau dia balik.. " automatik mata aku berair dohh .. samdol betul la ..  mata ni tak membantu ..siap record video .. dalam gelak-gelak berair juga la sikit mata .. nak gerak naik bas pun tetap kena bahan .. 


02 November 2018

BBM3410/18 : MEMORI INTERN PPD ALOR GAJAH

terasa macam nak throw back memori sepanjang LI kat PPD Alor Gajah ... bayangkanlah kalau aku tak intern kat sana .. tah kat manalah aku intern .. masa mencari tempat intern macam-macam dugaan weii aku lalui .. tapi syukur sangat-sangat ..

masa hari pertama masuk intern masa tu raya aidilfitri ketiga ..bayangkanlah pengawai dengan staf lain masih dalam mood cuti .. jadinya aku dengan dua kawan aku ditempatkan sementara kat bahagian blok B, blok berkaitan dengan sekolah rendah ..

hari kedua atau hari ketiga,  hujan lebat gila-gila .. aku sampai rasa macam nak ponteng je .. tapi aku tahankan rasa hati .. dalam hujan-hujan tu aku gerak dengan adik aku naik motor .. biasalah lelaki asal bawa motor mahu tak laju.. kena percikan air becak hujan bila bas lalu .. tetap juga sampai pukul 8 pagi macam tu .. kuyup-kuyup tu pun .. aku singgah kat sarau  sekolah untuk kering badan kat bawah kipas.....
masuk je tempat sementara kitorang tu .. dah kena tegur "lambat sampai .. ?" .. "Hujan lebat sangat,tuan .." lepastu kami yang perempuan ditempatkan di kaunter pertanyaan .. lawak weii .. nak-nak sambungkan panggilan ke bahagian lain .. pihak sekolah manatah faks surat .. yang bingainya aku "hello ... hello" ... 
memandangkan duduk kat kaunter tu asyik-asyik update buku log intern .. jadinya aku terlebih rajin pergilah kemas .. esoknya kerani kat situ yang baru naik cuti tanya dengan nada marah .. (nak nangis je .. tapi aku buat muka tak ada perasaan .. memang aku anti dengan makcik tu)
bila dah ramai staf , pengawai masuk kerja .. kitorang dah berpecah .. aku ditempatkan bahagian tingkat 1 .. siapa sangka jumpa ustazah sekolah rendah yang pernah mengajar bahasa Arab masa darjah lima dan enam dulu ..
mujurlah memori aku kuat .. bila pergi sekolah nak-nak sekolah adik aku .. jumpa pulak cikgu ekonomi asas tingkatan lima aku dulu .. cikgu aku siap cakap "macam kenal je .. " ... aku senyum-senyum malu (padahal dah jumpa masa cikgu aku parking kereta tapi tak kesempatan bersalaman sebab dia jawab panggilan) .. ayat pertama bila cikgu soal aku " kos apa .. kenapa boleh tersesat sampai PPD ni .."..tak terjawab weii .. satu je ayat dia " ni nanti jadi pengawai la kan..." (Insha Allah cikgu atas izin doa cikgu .. berkat tu weii)
sepanjang kat SISC+ (tempat aku ditempatkan) .. serius ketawa sentiasa mengisi hari-hari aku .. dahlah aku ni kira dah macam anak diorang .. tapi yang perempuan kecuali ustazah aku .. aku panggil "kak zizah, kak moi, kak zue.." kalau yang lelaki gila kau nak panggil abang .. aku panggil "cik din, cik man" .. kalau pengawai lain  .. Aku panggil encik, puan, tuan ... (gila tak sopan )
kenangan berjemaah pergi makan durian lepas solat jumaat kat dusun Encik zorkanini (ayah kawan sekelas masa sekolah menengah) .. malam tu pulak sambutan hari raya peringkat PPD (tapi tak pergi )  ... disebabkan aku tercerita rumah aku ada pokok durian dapat juga la sedekah beberapa biji walaupun tak semua dapat ...
bila diorang cerita pasal rumah tangga .. aku memang kena dengar la .. nak-nak pasal poligami, itu la ini la .. ( dalam hati aku kadang-kadang macam nak gelak je .. ) .. sampaikan cik man cakap "janganlah pula aku takut nak kahwin ... "  
kadang-kadang kalau pergi sekolah dekat dengan sekitar kawasan rumah aku .. diorang hantarkan sampai busten .... ada sekali adalah salah seorang pengawai PPD yang dah bersara buat kenduri sempena dapat menunaikan haji .. tak boleh blah nama aku diorang saja je usik-usik .. " ni anak dara nak naik kereta mahal-mahal je ... kami ikut je ....." (padahal dia punya serabutnya berpecahlah .. eh tak payah kereta cik din muat .. selesa)
yang paling penting aku rindu mereka semua .. Alhamdulillah aku berkesempatan jumpa diorang masa kenduri kahwin anak perempuan kak Moi walaupun tak semua aku dapat jumpa ..

BBM3410/18 : MINAT ATAU ANGAN-ANGAN JENIN

aku ni dari zaman sekolah rendah dah berjinak-jinak baca novel ... terutama sekali cintan-cintun .. disebabkan tulah pengaruh aku suka membaca novel menurun kat adik-adik perempuan aku itu pun seorang dua ..
Ada la juga novel-novel seram tapi tak banyaklah .. oh ye .. disebabkan minat membaca novel dah berapa banyak duit aku melabur beli buku .. harga buku pun bukan biasa-biasa ...
kadang-kadang ayah aku pun marah .. "dah berapa ribu agaknya beli buku ni ... "  dalam diam-diam aku kira mahu kaya aku berjoli sakan ... sayang weii kalau jual semula .. ada novel yang bagi kesan mendalam .. nak-nak novel karya arwah Melur Jelita .. gila tak best .. nak-nak kisah pasal abang polis, VAT 69 .. dahsyat weii pengaruh dia .. meleleh air mata .. nak-nak cara penulisan dia memang mendalam ..

masa tingkatan lima , member aku sorang ni pandai weii tulis kisah-kisah kami sekumpulan tapi versi lawak .. yang aku ingat .. bahagian baru bangun tidur, biasala gosok gigi yang tak boleh blah ..gosok gigi pakai berus jamban .. berdekah-dekah baca masa kat kelas ..

aku ni minat juga la karang-karang cerita .. nak-nak dalam otak .. bila tulis atas kertas tak pun dalam laptop .. bagi orang baca kelaut weii .. ada yang kata best ..seronok tapi .. itulah lagi seronok karang-karang dalam otak .. nak-nak masa nak tidur dalam gelap .. masa tula imaginasi drama-drama kehidupan yang aku lalui aku karang memang superb boleh menangis sekali dengan soundtrack yang masuk dengan story line drama bodoh aku tu ....( tapi tak elok juga untuk perempuan bila sorang-sorang begitu)

30 Oktober 2018

BBM3410/18 : ADA APA DENGAN CUTI MIDSEM

Assalamualaikum semua ..
musim cuti midsem ... musim senor-senior konvo ...
Kau ingat cuti ni tiada kerja ke ..
Kan prof suruh post 10 gambar berkenaan kampungku ..

kerja tambahan sebab ramai nak kelas hari isnin tu batal .. Jadinya kena post gambar tangan bentuk ok dan pastikan cukup 80 hastag .. 

orang lain tengah serabut "siapa la yang tak upload gambar lagi ni.. " masing-masing kira .. tengok siapa tak upload... paling lawak .. ada hastag je .. gambar bukan yang prof minta ... tapi pergi post gambar pray for ... kapal terbang yang terhempas dekat indonesia sana tu ...) Allahu lawak apa kebenda ni weii ... 

dan selesai itu masalahnya siapa manusia misteri ke 80 tu .. aku siap tengok esmp .. list nama 80 orang .. orang ke 80 tu siapa?!!
Bawah ni bukti prof like ...




tiba-tiba dapat perkhabaran berbunyi begini...
rancangan tv Prof esok (khamis ; 1 november 2018) ditangguhkan dan Prof pesan tak perlu tonton ye ..  

hahahaha.. 
Prof siaran tv alhijrah kat rumah saya tiada lansung ...
kalau nak tengok oline pun kena beli data internet ...
sekarang ni yang paling risau adalah kerja untuk hari isnin nanti ..
dahlah buku prof lagi satu tak bawa balik ...

25 Oktober 2018

BBM3410/18 : KENANGAN

Assalamualaikum, semua...
okey tiba-tiba nak cerita semula kenangan suka duka sebelum aku jejak UPM ni ..

Aku memang dari kecil dah pasang niat .. memang betul-betul target nak masuk universiti .. tak kisahlah uni mana pun .. tapi aku tak minat masuk Uitm () .. kerek doh aku ni .. 

zaman sekolah rendah pun aku memang tak nak masuk satu sekolah menengah ni .. sebab sekolah tu banyak cerita tak menarik nak-nak dengan pelajar dia .. korang tau kan) ..
jadinya bayangkanlah masa nak masuk darjah 4 ke penghujung darjah 3 .. masa tu aku cuma fikir kawan aku pindah sekolah tu pun sebab ikut ayah dia pindah tempat kerja kat utara sana (askar).. alih-alih nama aku naik .. Cikgu cakap ayah aku nak pindahkan aku kat sekolah lain ... dalam tempoh beberapa hari muka aku je lah menghadap GPK HEM (kalau tak silapla) .. pujuk rayu taknak pindah sekolah .. aku bagilah berjuta idea kukuh "kenapa saya tidak perlu pindah sekolah.." .. ayah pun tak cakap asal aku kena pindah semua bagai tu ... nasiblah tak jadi pindah ..

masa hari pertama masuk sekolah menengah dekat sekolah menengah yang aku tak suka tu .. bayangkanlah baru sekerat hari pertama sekolah (masa tu baru habis waktu rehat) .. ayah datang tunjuk satu surat dekat guru kelas sementara aku .. katanya surat pengesahan kemasukan ke sekolah menengah yang aku isi itupun isi masa nak dekat hujung tarikh tutup (sebelum tu gatal sangat tangan pergi isi borang sekolah menengah agama padahal aku langsung tak daftar masuk sekolah agama pun.. setakat pergi kelas mengaji kat rumah maklong Ani adalah) .. sekolah menengah yang aku dapat tu kiranya salah satu target aku  (sebab sana tak ramai orang yang aku kenal pun, kalau ada pun berapa kerat je ) ...
habis je tingkatan lima kat sekolah kesayangan aku tu ..  aku tak kerja pun .. banyak masa aku habiskan untuk urus hal-hal keluarga aku je, teman jaga orang sakit (nenek saudara, isteri sepupu aku operation) kat hospital ... sampaikan keputusan SPM aku pun ayah aku yang ambilkan masa kat sekolah dulu ... masa tu pun aku kena temankan adik aku yang nombor empat jumpa dr kat hospital Melaka (masa tu dia baru keluar ward sebab semput teruk ..)
Balik je penat-penat dari hospital terus kena marah sampai meleleh jugak lah air mata aku ni .. sebab keputusan tak cemerlang macam kawan sekampung aku yang sama satu sekolah dengan aku dulu .. kecil hati weii ..  kenapa perlu bandingkan dengan orang lain .. bagi aku keputusan aku walau tak gempak tapi takpun gagal teruk .. Kira bersyukur sangat .. (Aku punya keputusan tu kalau buat betul-betul kira gempak sungguh weii) ..
Aku isi juga UPU, tapi sayang tiada satu yang melekat .. masa tu dah putus asa sangat-sangat ... (isi pun main-main) ..
Jadinya kisah aku masuk tingkatan enam pun kawan baik aku yang ajak .. itu pun dia  yang mesej aku .. balik je ayah aku kat rumah terus bagi tahu.. "Ayah kita dapat masuk tingkatan enam , esok daftar .. ayah aku masa tu cakap "suka hati la" .. kebanyakan pakaian seragam sekolah aku masa tu semua pakaian seragam sekolah adik aku yang mana aku muat guna .. aku cuci pakai untuk keesokan harinya ..
sepanjang aku dengan adik-adik aku sekolah menengah mula-mula naik bas, kemudian minta tolong seorang pakcik untuk sewakan teksinya untuk hantar kami ke sekolah .. bayangkanlah kadang-kadang orang lain 6.10 pagi masih lagi mamai atas katil .. kami dah gerak masa tu menuju ke sekolah .. kadang-kadang ada duit belanja itu pun lebih untuk guna duit tambang balik .. ingat lagi masa tingkatan enam aku kongsi nasi goreng yang dibawa kawan aku ramai-ramai.. kadang-kadang ada kawan sekelas aku ajak tumpang hantar  sampai kat simpang takpun busten ..
Habis je tingkatan enam, aku kerja la sekejap dekat pasaraya jual-jual baju kat pekan kecil .. kemudian beralih kerja dekat kilang tempat abang aku kerja .. masa tu isi juga UPU .. masa intake pertama memang nak nangis je rasa .. sebab tak dapat .. lepas tu ayat ayah aku "kalau nak masuk universiti mana ada duit nak bayar yuran semua tu .. " .. aku jadi sedih .. aku nak juga merasa masuk belajar kat menara gading .. tapi mampu pendam kan je .
cikgu-cikgu tingkatan enam pun tanya kenapa tak isi UPU sekali lagi .. ada yang suruh mohon kat UPM dengan menggunakan borang laluan khas .. itu pun nak dekat tarikh tutup .. borang aku itu pun mak aku yang hantarkan sebab masa tu kerja ... keputusan tingkatan enam aku pun aku tak sempat ambil .. datang pun sekejap tak sempat majlis penyampaian mula aku terpaksa gerak masuk kerja ..
bila keluar rayuan UPU .. bayangkanlah masa tu waktu rehat kat kilang .. aku semak guna mesej je .. sekali dapat .. kat UTM pula tu .. aku pilih universiti ni pun sebab seseorang .. tak sangka pula ayah aku telefon petang tu .. "Kakak, tadi orang UPM call suruh daftar masuk khamis ni .. " dahlah rabu tu cuti hari Malaysia .. bayangkanlah satu hari dua tawaran serentak aku dapat .. nangis weii aku kat tempat kerja sebabnya aku tak nak sesiapapun tahu pasal ni .. kawan aku pun cakap "sambung je, Mas .. peluang datang sekali je .."
Balik tu .. masalah kewangan timbul ... ada kata minta tangguh ..sempat juga la untuk aku kumpul duit pengajian..  ada yang nasihatkan masuk je ... pasal duit tu fikir kemudian ...
Hari terakhir aku jejakkan kaki demi hantar  surat berhenti kerja .. pukul 10 pagi tu kena gerak ke UPM.. yuran kemasukan aku itu pun pakai duit simpanan adik aku, itu pun lebih kurang RM600 lebih macam tu je (mana ada lebih tu aku pakai beli baldi, barang kelengkapan mandi, bantal, selimut)  .. dengan menyewa teksi seorang pakcik (ayah aku panggil abang .. isteri abang tu aku panggil akak intan) dengan anak dia .. ayah aku, aku dengan adik bongsu aku bergerak ke UPM. .. mak aku tak dapat ikut sebab tak muat ..dengan adik aku yang lain sekolah masa tu .. tawaran ke UTM aku terpaksa tolak .. ayah aku suruh pilih UPM .. aku ikut je .. masa tu doa dan niat semoga aku boleh bawa kos pengajian aku sebaik mungkin .. ..
dengan berkat doa dari jiran-jiran aku , keluarga aku , aku sematkan dalam hati "aku nak buat yang terbaik untuk keluarga aku" .. baki yuran pengajian aku yang tak bayar tu aku bayar guna duit zakat yang aku terima, duit gaji aku masa kerja, dan selebihnya bila duit PTPTN masuk .. sebabnya aku takut andai kata tak bayar tak boleh masuk dewan peperiksaan .. tak nak weii..
nak buat tugasan masa tu pun aku rasa nak nangis je dengan laptop 1 Malaysia aku buat hal .. tunggu semester 2 .. masuk-masuk je .. aku cakap dengan kawan-kawan aku nak singgah the mines .. sebab nak beli laptop murah harga rm1000 .. terima kasih korang temankan sekali ..
macam-macam perkara terjadi sepanjang aku belajar kat UPM ni .. tapi tu semua kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila ..

akulah kakak, aku kena jadi contoh teladan untuk adik-adik aku, macam mana peritnya nak hadap kata-kata nista orang terdekat bila aku dapat sambung belajar ni ..
semoga aku dan adik-beradik aku  mampu untuk mengubah kehidupan kami sekeluarga suatu hari nanti ..
TERIMA KASIH AYAH, MAK, ADIK- ABANG, SAUDARA-MARA, CIKGU MASA SEKOLAH, KAWAN-KAWAN YANG DEKAT MAHUPUN YANG JAUH ATAS SEGALA PENGORBANAN YANG TAK TERNILAI NI .. SAYANG SANGAT-SANGAT KORANG .. 

22 Oktober 2018

BBM3410/18 : MINGGU 7 WEII!!

Assalamualaikum korang ... 
Minggu ketujuh memang kena pulun habiskan kerja tertangguh ni.. kena hantar video tugasan dua ketrampilan berbahasa melayu dalam bentuk CD .. tugasan minor, sensei suruh promosi keropok tam tam ... sensei siap belikan keropok tam-tam kasi kat kami semu ada lebihan tu amek je... naik cuti minggu 8,  tiada kelas minor pun.. wah dahsyatnya kami ... jangan marah , jangan jealous pula .. rezeki kami ... mana tak terkejutnya tiba-tiba sensei cakap "okey tugasan akhir ..."

cuak jugak kenapa tugasan akhir .. rupanya yela tugasan minggu ni sebelum dan untuk naik cuti .. selasa malam rabu kelas ganti ketrampilan berbahasa melayu .. rabu malam khamis dah mula shooting video miming suara lagu rancak .. teruja ni .. aku risau je takda riak .. sekarang ni boleh la goyang-goyang badan keras aku ni ... 

ada aja malas aku ni setakat rakam suara je benda mudah kot .. tapi asal nak buat je .. ada je halangan .. suara aku ni dahlah masa tu la datang lembut dia .. segan .. tanya orang lain dah upload ke.. kerja individu weiii .. allahu malasnya nak buat ..









BBM3410/18 : TUGASAN SEBELUM CUTI PETENGAHAN SEMESTER

Assalamualaikum semua...
yuhuuu... apa khabar ada semua? Sihat ke tidak ?
yeah daku nak sorak boleh tak ?!!! sebabnya sekarang minggu ke tujuh dan minggu paling dinanti setelah berkuliah selama tujuh minggu .. Allahu rindunya nak balik rumah, gaduh dengan adik-adik .. 

kuliah macam biasa mula-mula tayangkan semula video berkaitan simpulan bahasa setelah penat berhempas pulas berdrama ... Alhamdulillah nyaris-nyaris je teman daku kena kunci nasib cepat sampai ... 

tugasan minggu ni kami dah mula buat video one shot berkaitan lagu rancak , kiranya kami semua kena miming suara je... siapa tak teruja weiii .. dalam cui-cuti kat rumah , prof bagi kerja selama seminggu untuk muat naik sepuluh keping gambar di kampung halaman .. 
habisla kat rumah tu aku jadikan mangsa-mangsa kekejaman untuk  sesi fotografi ni..  hehehhe
oh yeah prof pesanan macam biasa tiga gambar dalam instagram untuk setiap minggu ... 
kemudian tweet dan retweet di twitter .. kena screen capture begitu juga dengan bukti prof "like" tugasan-tugasan di instagram ... 

kena siapkan kalendar major sampai bulan februari .. 

okey harap dapat selesai dengan mudah .. doakan yee...

selamat malam dan muah sejuta kali untuk kalian semua ...