SELAMAT DATANG


28 Mei 2026

ALAHAI MANUSIA

terjebak dengan threads macam² aku jumpa 

aku luahkan perasaan pasal bengang dengan kucing stray cat aku yang jenis tak nak duduk dalam rumah nak merayau jadi bagi lepas la keluar 

Ada yang kecam cakap aku tak belajar habis la 😒 kucing tu balik je cuma nak ambil angin je siak


Dah tu isu panas pasal budak² lepasan SPM yang memilih tak nak masuk poli la , kena campak jejauh pun jenis tak bersyukur lah , dapat kos yang bukan kau minat la tapi letak dalam list pilihan kau 😪 


Dahtu bagi soalan tak masuk akal

"nak tanya kalau pegi tandas nanti kene bukak seluar ke kat uni ?? sorry sebab takde upsr dengan pt3 😅"

Aku baca pun boleh isttigfar banyak kali dengan soalan bingai ni ..

Dah sakit punya pasal dengan soalan meminta penampar ni je aku balas 

Pergi tandas tu tujuan dia apa dulu 😭 Kalau perempuan kadang touch up muka, kalau lelaki ada yang pergi merokok ke apa. Nak buat apa buka seluar kalau tak kencing atau berak 😪

Kalau nak kencing/berak mestilah kena buka seluar sikit, melainkan pakai kain angkat je lah. Spender pun sama jugak 😭 Lainlah kalau pakai beg stoma atau beg air kencing.

Kalau kerja cleaner cuci tandas pun takkan nak buka seluar pulak siak 😭




****"""


btw adik aku ambil lesen Mylesen tu 

kata adik aku yang no 5 dia akan bagi kau lulus walaupun macam mana pun 


Adik aku punya journey 

dapat mesej wassap kelas ceramah mujur dengan kawan dia 

pastu fikir ujian komputer rupanya ujian bertulis ok lepas ..


Dah tu latihan litar 4 hari kiranya hari last QTI .. Dahla member tak mahir bawa motor setakat pusing dalam kawasan litar

nak menapak kawasan sekolah dia 4 hari terus tu ya Allah macam² ragam 

1 day - cikgu HEM dia ikutkan macam tak lepaskan melainkan ujian JPJ je tapi minta keluar pukul 4 petang .. tambah pula adik aku habis waktu belajar 5 petang sama je aku tetap kena menapak 2.30 petang lepas waktu office hour 

2 day & 3 day - smooth sikit sebab tak perlu berurusan dengan cikgu HEM diorang cop dah boleh balik terus ke pusat memandu .

4 day - akak kerani kata kalau ada mesej dari pihak pusat memandu screenshoot nanti print out lampirkan je sebagai bukti 


Mujur lah guard jenis sporting jenis "good luck" ..

masa QTI tu dia tak lepas titi , pastu kan kon ke bahagian mana dia terjatuh mujur tak kena hempap dengan motor bahagian ekzos ke kan .. tapi masa dia jatuh tu dia macam tergerak hati nak tengok sekeliling sekali bila pandang tepi ya Allah dah nampak kawasan air sungai .. patutla member balik menangis aku fikir yelah sebabkan dia je last tak balik dengan hujan .. aku pickup lambat masa tu .. kiranya dia menangis sebabkan cuak fikir dia kalau tergolek ke anak sungai tu .. ada la lebam sikit kat area lutut dia tu ..

Ni 7/6 JPJ macam mana siak dia hadap litar apa semua tu especially ada je training kat rumah .. dia macam tak usaha nak buat pusing² tu .. risau juga dengan dia sebabnya dia 1 anak perempuan yang nak ambil lesen motor tapi bila aku perhatikan nampak dia jenis mudah give up weii dahla jenis tak boleh menekan² sikit kepala dia tu ..


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA GUYS.  


Tiada ulasan: