Pihak hospiz datang .. makciknya nggak bangun sihh .. aku kejut bagi makan pastu terlelap kejut lagi .. bagi makan ubat ... tanya telan ke tak .. marah balik kata bosanlah semak la .. adik aku lap kaki .. dibalasnya dengan nada marah .. sakitla kang aku sepak jugak .. cek keadaan tanya itu ini .. bila pihak hospiz datang .. dah siap pasang tube oksigen .. makcik buka mata .. time tu la dia tersenyum masa nurse nak balik .. nisa siap cakap amboii makcik orang nak balik baru buka mata .. hahaha .. semalam mengemas bilik aku dengan adik aku tidur dengan bilik makcik ni tidur sebelum bertukar ke katil baru .. sambil mengemas .. tak sangka busu ni suka baca novel banyak koleksi CD lagu filem .. aku apa lagii siap asingkan novel khas satu beg .. dahsyat kan .. cabaran juga kan jaga warga emas yang sakit terlantar ni .. esok ika dengan nisa dah balik UNITI .. allahu mampu ke tak. . kat rumah busu ni . biasala lelaki bujang umur pun dah 50 lebih .. barang dapur pun .. masa kemas awal haritu .. hurmm berzaman dari tahun 2011 .. semua expired .. nak buat air pun .. tekak teringin nak rasa air tu ini .. takkan hari hari hari nak hadap telur je semata .. limit pakai pun 2 biji ...tak kuat iman den... nak mengemas laci .. laci dapur plak aku kena berperang dengan lipas lagi .. cinabeng betul down terus mood aku .. dah la sebelah ni ...ada kolam duduk pulak tingkat 4 ... kang order makanan .. duit takda .. apalagi nak beli barang online ... ketandusan otakk weii .. makcik dah tengah hari ni .. taknak bangun ke ..
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
04 Julai 2019
Lapar
Sepatutnya waktu sekarang dah masuk waktu tidur aku tapi sebab bilik aku diami tu ..aku duduk sekali dengan makcik sebabnya katil mudah alih baru dah dibawa masuk ..
Maka hendak dijadikan cerita kipas kena pasang .. Keadaan bili tu seperti sejuk membeku lah .. tambah pula malam malam terasa lapar ..
Aku fikirkan adalah stok nasi sedikit dalam periuk ....tapi sayang habis sudah kau ... nampak budak ni gaya seperti nak buat roti telur .. goreng telur ....
Makin menyedihkan diari lapar aku malam th ...masak tu pelawalah aku ni .. Dalam tu berlima perempuan termasuklah makcik ..
Tapi aku simpan rasa sedih tu di dalam hati ni. ... Malas nak bising .. tambah pula adik aku ni .. hareyy .. buat muka ketat dia lepaskan tekak dia je .. hampa sungguh aku ni... kecil hati teruk sebab aku tengah lapar terukk ..
Aku tidur berlapar dohh ....
Pecah rekod !!
Hari rabu .. pihak hospiz datang melawat makcik yang sedang aku jaga ni .. biasa lahkan .. ingat sekejap pertemuan tu tapi lama sampai sakit tapak kaki aku berdiri campur dengan rasa pening ngantuk ..
Allahu lepak sekejap di ruang tamu... Pertemuan tu habis pukul 2 petang .. masak tengah hari ..ingat nak kejut makcik bangun tapi lena sangat jadinya tak kacau la .. tambah pula kasi makan ubat (sepatutnya jam 8.00 tapi terlewat bagi jam 10 tu pun lepas sarapan) .. yang merisaukannya sampai ke asar .. kejut tak bangun .. goyang badan tak bangun .. tapi mulut makcik ni takyah cakap ..
sambil tidur mulut hembus macam mulut itik .. sampai stress jugak la ... Busu balik tengok sama juga . Kami ni masih kompromi la fikir maybe effect ubat pagi .. pukul 10 malam dah rasa semacam je .. busu pun kata kalau asyik tidur je .. otak akan jadi jammed sebab darah tak berjalan .. so call ambulance minta datang .. tengok-tengokkan ..
call kawan busu .. kata overdose ubat.. allahu .. padahal ubat baru ambil hari isnin lepas .. pihak ambulance sampai cek nadi lemah .. abang ambulance panggil masatu baru buka mata .. terkejut sungguh .. yang sedihnya .. bayangkanlah dari jam 11 sampai ke 4 pagi .. tunggu keputusan .. harap sangat jangan kena tahan ward sebab baru balik masuk kali ni kali ketiga .. cuma bezanya lebih dari tiga hari .. paling sakit hati .. kenapala mulut dr kat bahagian kecemasan tu mulut laser sangat .. faham la kan tambah pula kanser makcik dah stage 4 ..
Memang awal awal dia tolak .. siap cakap tak lama lagi ni .. sebagai doktor cuba la bagi kata berlapik .. kalau kena kat ahli keluarga sendiri .. apa rasa .. busu pun ada cakap macam nak saman je ..
Selesai je urusan kat zon kecemasan tu ..kitorang balik apartmen pun nak dekat waktu suboh .. makcik dah stabil .. alhamdulillah...nak balik tu kami tinggal la berempat... Ikutkan boleh je balik sekali dengan busu tapi busu dah balik awal sebab nak kerja esok hari ..berjemaah balik naik ambulance ... nak masuk stroller dalam lift .. susah .. sebabnya pintu lift tak boleh tutup .. akhirnya naik tingkat empat guna wheelchair .. sebelum tu ada kejadian yang kalau bagitahu confirm rasa sakitnya kalau kita kena ..
Nak tahu kenapa ... Abang ambulans maybe first time kot hantar pesakit balik rumah yang bertingkat menggunakan lift ..masa nak masukkan makcik ke dalam lift ... Entah macam mana besi stroller bahagian kepala terentak ..sakit weii ... Aku rasa macam nak hangin je ... Tapi abang tu cakap ..minta maaf berulang kali ...
Sampai je rumah busu .. cuci lap badan makcik .. terus ghaib semua sampai pukul 9 lebih...
kembali lagi
Assalamualaikum semua .. lama tak update blog .. almaklum la kalau sebelum ni fokus bab assignment ..sekarang dah habis tengah struggle mencari kerja tetap .. tapi sekarang ni kerja aku tolong kawan adik aku jaga mak dia kat rumah adiknya di KL .. sakit kanser payudara .. kalau masuk hari khamis ni kiranya aku dah 4 hari la .. bukan aku sorang .. ada busu dan kawan kawan adik aku .. aku sekarang ni tengah nak kuatkan semangat mampu ke tak aku nak meladeni sebaik mungkin .. sebabnya makcik ni sekadar baring je .. korang faham kan ..
10 Disember 2018
BBM3410/18 : HASIL KALENDAR MEJA SAYA
BBM3410/18 : TAYANGAN VIDEO TAK MUNGKIN BERPALING
BBM3410/18 : FACEBOOK
06 Disember 2018
BBM3410/18 : PAPAN CERITA E MAJALAH
BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH
BBM3410/18 : KENALI VIDEO ONE SHOT
Assalamualaikum ..
Terdapat tiga jenis video one shot iaitu terdiri daripada ;
i. Video one shot one layer
- dalam video ini hanya memerlukan penyanyi mahupun pelakon hanya berada dalam satu-satu babak.
-ianya amat memerlukan kepantasan pelakon dan penyanyi ketika bergerak dalam babak tersebut.
ii. Video one shot two layer
-dalam video ini memerlukan penyanyi dan pelakon bijak dalam melaksanakan setiap babak.
- di mana memerlukan penyanyi atau pelakon bekukan atau keraskan badan mereka seketika serta memastikan suasana persekitaran tiada berlaku sebarang pergerakan.
Video one shot three layer
-dimana masih memerlukan penyanyi dan pelakon dalam satu-satu babak.
-dalam setiap pergerakan pelakon dan penyanyi, mereka hendaklah memastikan bahawa terdapat pergerakan lain misalnya kenderaan, objek bergoyang dan sebagainya.
-pemilihan tempat adalah penting supaya dalam video one shot three layer ini.
-
Assalamualaikum ... namaku Masnur Fadilah binti Ab Wahab ( paling pantang orang sila panggil nama aku .. penampar jugak aku kasi) pelaja...
-
Assalamualaikum korang ... Hari ni macam biasa kami kumpulan melur versi 2018 buat shooting one shot two layer ... Janji 7.30 pagi .. b...
-
Kan aku kata ambil adik no 6 aku balik cuti raya 2 minggu .. Dia balik asing² ..kiranya dia balik sebab raya dan uruskan dokumen rumah dia ...