SELAMAT DATANG


30 Januari 2020

Episod seorang graduan

Huarghh!!  nak nangis je rasa,,  bila tak sambung belajar rasa kepingin,, dah sambung berhenti kerja nak mohon balik susahnya,, niat di hati nak settlekan ptptn mudahkan urusan Family aku pun kira alhamdulillah la..  memula member ajak tapi macam jauh je aku cakap tak dapat join.. bila aku ajak dan pergi interview kat satu kilang area tempat yang sama dengan kawasan abang aku..  aku diperli  baii..  kata lepasan degree tapi jawab soalan pun macam tak nampak ala ala degree pun..  aku terangkan sebabkan alergi aku tu penemuduga tu yang pekak (ramai orang dengan bising lagi)  terus aku cakap kat member aku kalau dapat pun aku takmau pergi la..  kalau cakap elok elok aku terima weii tapi diperli bab degree aku sumpah aku reject 😭😭 so bila adik aku tanya kat kilang abang ada kekosongan tak..  sekali Ada datang esok diduga lagi..  borang habis dik 😣😣 so sekarang aku jadi driver hantar ambil abang balik  .. sekali pakej adik pergi balik sekolah agama..  melawat kina kat hospital..  tolong bawakan wan temah..  takpun urus rumah..  selebihnya kosong..  tepu otak weii.. pasal kereta pula selepas trauma asal nak pump angin tayar keluar je..  pergi minta tolong kedai pumpkan..  Sekali haru dapat perkhabaran tayar pancit..  Ahh sudah duit lagi.. 😐😐 takut tak cukup..  kena tampal je (dia keluarkan paku dan sumbatkan something kat tempat paku tu..  ) celah mana aku langgar paku pun taktau 🤣🤣 balik balik tayar belakang..  masa dawai tayar keluar tu (tayar botak)  sebelah kanan..  ni sekarang tayar kiri.. 😂😂

😅😅😅

Ohh semenjak insiden tu takda langsung sesi datang bertengek rumah orang.. tetiba masa adik aku cuti sempena cuti CNY,,  nak kena settle cop borang  Kat pengerusi MPKK (aku malas nak menyinggah rumah dekat je) so ke lubok sekali pakej beli lauk,, so aku pergi beli lauk dulu sekali terserempak dengan si maknya sekali sama anak menantu membeli barang di kedai yang sama (itupun aku dengar suara je macam ku kenal).. aku terdetik dalam hati kalau dia rasa dia takda niat nak meminang adik aku dia mesti menegur (sebelah sebelah),,, haramm buat buat tak kenal 🤔😏🙄 (saya pun malas nak menegur,) balik cerita kat ayah (kepochinya saya ni 😅😅) ayat ayah simple "asal mati ka kalau orang tak menegur? "" aku tak kisah pun dan aku memang jenis malas nak menyembang datang pun setakat nak beli ikan 😌😌😌 oh ye sekarang boleh la drive tapi kalau jalan yang aku tak biasa  google map help me 🤣🤣 nama je pinjam sekejap iPhone adik aku tapi syaitan adjust nak ke tempat ni balik balik bawa tempat lain yang nun kat kl.. 🙄🙄 so pakai samsung sewel si ketod (dia ok cuma kekadang datang sewel dia sampai si ketod cakap aku lempar kau kat luar nak tak?!!)  😆😆😆 ada masa mood aku superb  "ala rileks jauh lagi" kalau datang moody aku  "kau pehal jauh lagi kan!!" maka datangla puting beliung  ,, amoi kat belakang seolah olah takda orang 🤣🤣 tup2 balik dari melawat Kina dan menghantar si wadey balik ke hostel (heboh nak balik awal boleh renggang renggang bontot dia tu padahal nak merayap dengan housemate dia malam tu) 🙄🙄 kaki aku sampai rasa crammed la  dengan jammed (memanjang dari hutan simpan sungai udang sampai la menuju pekan masjid tanah ingatkan excident,,  hampehh dengan kereta takda aircond 😫😫) ayah called kata urgent nak keluar duit (asal ehh?) dalam otak aku tayar ayah pancit ka tapi abang balik awal pukul 4 petang kot /abang aku OT)  rupanya kedai phone ada offer jual phone..  sebelum tu ayah tanya aku nak beli phone x,, aku ibarat disorong bantal laju (tapi duit tu wada kasi 😅😅 ingatkan harga rm99 rupanya kena bayar rm215 kiranya nanti bulan 4 bayar internet bulanan rm58 .. baru cadang takmau oppo  I'm still want oppo phone but it's 👌)  sebesar alam,,  bak kata nisa member aku boleh lempar anjing,,  🤣🤣 aku siap test simpan dalam purse nasib muat..  ayah as usual "kalau tak nak tukar dengan samsung ayah)  takmau besar dan tebal) tapi beli bayar bulanan selama 10 bulan,,  aku kan ngok ngekk  ,,nisa tanya phone tu dua camera ka tiga  ,, aku andai maybe dua kot,, sekali dia screnshoot tiga camera macam mana rupa kat aku  ,, menangis member aku tu 🤣🤣🤣 hahaha aku fikir macam iphone jee taktau vivo pun adoo 😂😂

23 Disember 2019

Gila punya agenda

Bayangkanlah balik kenduri kahwin saudara belah ayah .. tup tup dapat whatsApp dari wada .. ayah wani nak kahwin dengan amoi .. gila apa .. usia dah sebaya ayah kot  .. ada hati nak berbini dua .. adik aku tu OKU weii (urus diri sendiri pun lemah) .. haram jadah betul .. aku tanya amoi .. pasal kahwin dia pun mengeleng .. anak dia siap cakap ayah dia nak kahwin dua .. mak dia kasi .. ehh silap besar la memang aku bantah gila gila .. patutla dah lama tak datang sejak krisis anak dia menyombong semenjak habis sekolah .. bila dah berbaik sampai adik aku jadi bidan terjun jadi pengapit anak dia kahwin .. itu pun sekarang tengah mengandungkan cucu ayah dia .. bulan satu nak buat kenduri lenggang perut .. ohh konon2 datang .. nak jumpa ayah .. bagi duit kat mak aku adik aku si ketod .. bagi baju kata anak dia badan dah tak muat badan bini eh dah besar .. aku kalau dulu excited la dapat baju tapi sekarang tak mood aku nak terkejar kejar .. siap kata nak bincang pasal wang hantaran nikah beli cincin .. pastu nak mengikut pergi melawat iwan .. tak mengajak tapi perasan lebih .. muka tak malu .. orang sambut datang rumah baik baik sebagai tetamu tetiba kata parents aku setuju nak kahwinkan amoi .. gila apa otak diorang .. acik tapha cakap klau terima memang putus kawanla .. ibuk sebelah cakap badan  bini besar gedabak .. yang laki pulak gigi ke depan .. ada hati nak anak dara orang .. baya bapak aku plakk .. eh muka letak kat mana .. tepi longkang .. wada cakap tak hingin dia orang tua tu dalam keluarga aku menambah beban bukannya mengurangkan beban .. alasan nak kurangkan beban konon  .. kepala hotak dia .. ohhh ni mesti sebab duit kan.. anak sorang dah bekerja dan berkahwin ...sorang bongsu dah belajar kat nilai .. ada niat tersembunyi .. ayah aku mendidih weii .. patutla mengajak minum pagi ..lepak malam .. datang rumah masa nak maghrib .. lepak sampai tak hormat privacy tuan rumah .. kalau tak perli tak reti nak balik .. ini kalau adik aku hantar whatsApp anaknya duk sebar khabar angin .. eh dah bincang sekian tarikh apa semua .. BILA MASA SYAITAN?!!! engkau orang laki bini datang menyembang duk tanya makngah atuk aku kerja apa umur .. selidik latar belakang ...duk bersembang dengan ibuk .. kejap panggil akak kejap panggil makcik ... lepasni aku memang tak hormatla kau orang laki bini .. kitorang ni tak de nye sampai tahap miskin papa  kedana pun .. rezeki ada je takde sampai tahap nak menjahanamkan menerakakan hidup adik kau sendiri la ..

04 Disember 2019

Fans filem tamil

Walaweii .. semenjak dah ada telegram ni .. tambah pula jumpa group peminat filem tamil .. asal aku buka group kat fb pasal cerita yang best... Confirm aku sanggup habiskan data internet aku sekadar untuk download sejebuk..  aku memang layan gila gila la .. dari aku hadap cerita melayu yang bebodoh tu baik layan cerita tamil .. ada baik buruk dia .. tambah pula gempak tak sudah .. hero pun not bad ... handsome ... suriya ... atharvaa murali .. prabhas ... banyak lagi la  ...setakat ni habis jahanam data internet ayah aku kerjakan .. hahaha ...weii mau hard disc .. boleh simpan banyak banyak .. 🤣🤣🤣

22 Oktober 2019

Sejuknya

Musim hujan kilat. . Kereta dah repair .. tinggal nak betulkan aircond saja .. dapat perkhabaran ... itu pun melalui status whatsApp .. cousin aku anak makcik aku ( adik ayah aku) masuk ward. . adik aku cakap "Semput,sesak nafas,peti suara 1 xberfungsi...gas karbon dioksida byk dlm kepala..tp punca sakit belum diketahui...sekarang doc tgh bincang d engan pakar" .. aku rasa macam terkejut la tambah pula makcik aku kat rumah cousin aku ;angah kat senawang .. perkembangan terkini .. doktor nak tebuk sebabnya pernafasan sebelah tak ok .. nasib cousin aku ni sedar .. kalau tak sedar dr nak tebuk je ... nanti kalau ada masa lapang jom la kita melawat ke hospital ..

14 Oktober 2019

Ada geng

Alhamdulillah. . Haha .. sebenarnya aku dari awal niat .. ala isi permohonan interim ni main2 aja .. sekali hari last minute .. aku isi ja .. dari target tak dapat. . Allah izinkan semuanya berlaku sebaliknya .. dari hari lulus tu .. hati aku bolak balik .. tak payahla pergi sana tapi macam tak sedap hati ja .. ramai yang dari johor pun tercampak jauh. . Nisa suruh call KPM .. minta tukar ka .. aku masih fikir alasan apa ya .. exam tu pagi. .. akhirnya tergerak hati tanya diba .. allahu sama saja tempat tapi dia nak gerak awal makanya aku buat keputusan ala sekalilah tumpang .. lepas tak lepas jawap soalan UKCG tu ...belakang cerita .. pergi ja .. tahlaa aku ni kekadang ngok juga .. tawakal .. scha kata soalan tu boleh punya dapat jawab semua .. kita cuba ya ..

11 Oktober 2019

Tawaran guru interim

Aku saja saja ja isi permohonan guru interim ...padahal sebelum tu .. hurmm malas aku .. interview paling aku menyampah .. hehehe .. sengal kan .. aku isi sehari sebelum ke masa hari yang terakhir .. dah lama tak isi permohonan online ...entah iya entah tidak .. aku cakap dalam hati "tak lepasni .. mesti ramai mohon .." kau bayangkanlah ditambah dengan tarikh konvo keluar 19/11 sebelah petang pun aku dah malas nak pergi .. tak tidur bila sedar 2 pagi sampai nak dekat suboh .. aku dah memang target tak dapat tapi nervous dia tu semacam .. sekali semak .. lulus kenapa sampai ke nilaii .. jauh weii takda ka di melaka .. UKCG je kot .. tapi na kena gerak pagi .. sesi aku 10.00-10.45 pagi .. aku dah siap2 cakap .. takmau pergi .. penyakit M aku sudah mari .. dekat takpa .. aku tak mau tanggung risiko atas highway tu .. dengan kereta lagi ..

09 Oktober 2019

Konvo

Kawan sekelas dah tak senang duduk bila tarikh konvo nak keluar sebabnya dorang nak apply cuti awal awal .. bila tarikh konvo sesi kos kami keluar .. status kat whatsApp dah berjela status pasal konvo .. aku tengok je .. sesi kami sebelah petang ..  aku rasa takyah pergi la .. sebabnya mungkin berjela (ngekk) .. salah satunya aku risau kan kondisi kereta ni .. kemudian kalau pergi kena gerak awal .. tak kisah tapi risaukan dak adik andai kata dia pergi sekolah balik lambat ka .. dengan fiil dak abang yang ngok ngekk .. kejap balik awal kejap balik lambat .. risau rumah je pecah masuk (masa pergi rumah angah pun tingkap rumah aku pecah sekeping nasib pintu rumah bergrill .. masa ni pun gerak petang balik lewat malam .. aku fikir positif maybe kucing aku kot .. ayah andai ke arah sebaliknya .. sebabnya orang tkda) '.. takpa la yang penting saya dah selamat menamatkan degree saya dengan sempurna .. naik pentas terima sijil tu takpela ada nanti masanya .. ) ..

Aircond kereta

Disebabkan insiden kereta problem .. dah tukar spark plug .. semalam ada exciden kat area londang .. mujur kereta tak meragam macam sebelum ni .. Slap sikit biar lama mau terkial kial aku nak hidupkan semula enjin .. kereta pulak dah macam kat highway musim balik raya .. yang problem nye adalah aircond sebabnya bila hidupkan bising weii .. pergi kedai bengkel kereta cina (masa ni nak baiki sebabnya ingat tangki minyak brake bocor rupanya tidakk .. dekat sini cuma tambah minyak brake dengan minyak ATF sekali beli stok) .. ayah tanya pendapat cik tapha .. acik tapha kata kereta ni kena tukar tali kipas dia sebabnya dah macam berbulu sikit .. kalau putus mau beribu riban weii . pergi bengkel ni katanya suruh pergi kedai aircond tambah minyak yang bagi lancarkan pergerakan aircond .. ke sana plak katanya dah nak jammed kena tukar mahu 500 lebih .. sebabnya barang kat malim mahu hantar pagi petang baru ambil .. aiyoyo .. tanya ada abang pomen ni (orang kampung) ... katanya tukar bearing bahagian aircond tu punca aircond berbunyi .. acik As yang berniaga kat area simpang nak masuk kilang tempat kerja abang cakap pergi kedai aircond sebelah kedai dobi .. murah je .. nanti tunggu arahan ayah selanjut sekian ..

08 Oktober 2019

Abang oh abang

Ye aku faham kau dah bekerja dah bergaji .. kau tahu tak .. kami urus duit dia .. duit untuk kegunaan dia banyak juga ayah kasi hampir 500.. yang aku bosannya .. dia akan pergi ke melaka awal awal pagi buta .. sanggup tu duit yang dia dapat hasil sebahagian gaji yang diberi tidak digunakan demi nak berjalan .. makan minum pun sanggup di ketepikan .. bila tegur di marahnya kita .. pergi melaka .. kalau dibelinya baju sehelai dua ke .. seluar ke aku tak kisah untuk kegunaan harian dia .. ini hurmm sampai seluar tu koyak baju tu rabak kat ketiak ke koyak belakang ke tepi badan dia pun sanggup .. aku beli baju .. menolak tak lawa la itu ini la .. kau rasa tak kecil hati .. kalau dulu bila tak diajar naik bas ke melaka .. dia banyak habiskan duit pergi cyber cafe .. tah apa dilayankan .. kemudian beli cd .. cerita yang dah pernah tengok cd yang lama beli dah tersekat sebab calar sanggup dibeli lagi .. tak kebosan .. kemudian balik kerja ke jalan mana mana dia akan pasang dari siang sampai ke malam.. ayah nak tengok berita pun .. dah geleng kepala ... sekarang ni trend dia .. kilang dia akan buat lawatan .. tak kisah la ke mana pun ... duit yang sebelum ni dah kasi dia akan pakai kemudian tinggalkan separuh mungkin tak sampai dua ratus lebih ...asal kan ada lawatan dia akan pergi .. setiap bulan kalau ada lawatan dia akan heboh nak join tanpa beritahu (kalau cakap pun dengan mak la) tiba tiba akak office call beritahu sekian hari sekian waktu .. dia punya fiil dah tahu gerak tengah malam balik la awal pukul 5 ke ni sanggup 7 malam lebih baru balik .. arghhh tak pernah kasi relax itu badan .. nak pergi lawatan ayah akan tanya nak bawa berapa duit ada berapa simpanan dalam tangan .. dia akan minta 500/600 kau rasa .. ya Allah.. tak fikir ke nanti waktu terdesak nak pakai. . tahu nak habiskan sakan duit dalam akaun tu. . dia ingat gaji bulanan dia tu .. berjuta ribu .. dia pernah suarakan isi hati siap bawa balik brouser telefon terkini .. katanya nak beli telefon harga seribu lebih. . aku dah tepuk dahi .. gaji kau tak sampai jejak harga telefon tu dah heboh canang nak beli .. kau pakai tiap bulan pun nak cecah harga telefon tu .. aku bukan apa tak percaya dengan abang aku ni apa lagi ayah .. beg duit dalam berisi duit ic pun boleh tercicir pun tak tahu kat mana .. ini heboh nak beli itu ini .. nak jalan sana sini .. kalau setahun sekali dua takpe berjalan .. ini dari awal tahun sampai akhir tahun berulang ulang nak berjalan ...kami ni dah geleng kepala .. dia tu kalau pergi rombongan sabtu malam ahad gerak .. ahad malam isnin baru balik .. isnin esoknya kerja .. bila tak keluar pergi mana mana takda duit dalam poket .. dari bangun tidur sampai nak masuk tidur .. telinga ni naik bernanah dengar ayat mengeluh dia .. nak nak hari ahad tu .. ya allah bantuin kami dong nak hadap fiil abang gue ini ..

*abang aye ni kategori OKU .. kau tegur benda betul pun dia akan putar belit ayat   yang bagi dia faham .. tak pun bila orang marah siap sedia la nak cekik .. takpun pisau ke parang jangan kasi dia nampak .. kau kena defend diri kau tak kisahla kau jerit ke call ayah nak selesaikan baran tak bertempat dia tu .. kekadang ngek ngok dia berkali ganda boleh pecah urat otak ni ..